Pages

November 5, 2013

Strategy


Perut punca segala penyakit, makan minum kena jaga dari muda. jangan tunggu mai penyakit baru nak kontrol, bak kata ''mencegah lebih baik dari mengubati''

October 21, 2013

Eye

Pandangan mata, kadang-kadang tidak semuanya betul,

October 18, 2013

Break

Break for sleep...hahahha. dah bersawang blog ni, busy sgt la kot. terima kasih kepada yang setia menjenguk,

LAMA TA K BUKAK, MACAM2 IKLAN DAN UBAT DAH MASUK UTK CHATBOX KALI NI,MALAS NAK TAPIS RASANYA, BIAQ LA SAT, BUAT HIASAN,  :):):)

September 9, 2013

Calm


Woow tenangnya dia tido, tentu tak da masalah keluarga kan, makan pun mesti cukup, hehehe macma tu la jugak dengan kita, kalau dapat kawal masalah, berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai selebihnya tawakkal kepada Allah, mesti hati akan tenang, tidur malam tak perlu la nak risau-risau sangat.

 JOM T IDUR....YEYYYYYY.....

September 8, 2013

Blurr and lazy


Panas-panas ni sedap la balun, tapi Malaysia tengah musim hujan lani, tak best..tak best.
gambaq ni ceQ dapat dari sorang kawan, tertanya-tanya jugak, macam mana la agaknya rupa cendol bakaq ni, rupa-rupanya pemilik kedai ni nama Bakar, patut la pon..indah khabar dari rupa, terkenalah sapa yang taktau, penat mai jauh-jauh.

@#$%^@#$%^&% Semakin pelik la aku tengok chatbox aku ni, sakan depa promote ubat-ubat depa, nak kena mintak cas ni. hehehe

September 4, 2013

Confused


Ni mesti pasai harga minyak naik la kot rasanya.

August 30, 2013

Just Imagine

Comey ngat eh tgk budak ni...geram., nak anak comey mcm ni kena cari bini comey gak la..heheheh gatai pipi...

Bapak : aku tak nak kau pakai tudung!!!
Anak : Kenapa?!! apa salah saya?!!
 Bapak : dah memang kau salah!!!
Anak : Tapi bukankah menutup aurat itu wajib ayah?!!!
Bapak : Memang!! tapi AKU TETAP TAKNAK KAU PAKAI TUDUNG!!
Anak : Jadi ayah nak saya tutup rambut saya pakai baldi?!!
Bapak : kurang ajar!! # tampar anak #
Anak : terjatuh
Bapak : buka tudung kau tu!!!
Anak : baiklah!! tapi bagi satu sebab kenapa saya tak boleh pakai tudung!!
Bapak : sebab...KAU TU LELAKI!!

Apa kena cerita ni dgn gambaq kat atas? hahaha
aku : @#$%@^#%@&#$#^%#

August 29, 2013

Creative


Orang yang hidup dia kretif ni, selalunya dia susah untuk bergantung kepada orang lain, hidup dia cukup dengan apa yang dia ada. dan dia juga seorang yang mudah untuk kita minta pertolongan.

CHATBOX KU PENUH DENGAN IKLAN UBAT UBATAN HEEEEEEEE. TU LA LAMA SANGAT TAK BUKAK....

August 8, 2013

Dreemy or, Reverie


Ya,
Aku banyak angan-angan,
mungkin ia akan jadi kenyataan atau tidak,
yang pasti aku perlu berusaha keras,
untuk menjadikan ia sebagai kenyataan itu bukanlah tugasku,
kerana ia tertakluk diatas jalan izin,
dan yang sebenar-benarnya, usaha itulah tugasku.

August 7, 2013

Breakfast and The Real Duck Face


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN atau pun bahasa orang malas nak tulis SHRMZB ehehehhe.....

Harap-harap semua perangai baik hat kita dok amal dalam bulan puasa nii berkekalan la naaa.....
jangan habis posa buat perangai lama balik laa naaa.... paham kot tajuk yang ceq post tuu...dgn gmbaq yg kawan ceq ambik kat London baru niii...hihi.... nasihat utk diri ceq jugak nii,

haa satu lagi nak umum, malam ni takdak terawih dah, jangan sapa-sapa dok pi buat rajin plak naa, jangan lupa bayaq zakat.

Hari ni last breakfast utk bln pos taon ni, taon dpn taktau la dan ka dak, posa Nam ni pun kalau merajin nak posa....

Ceq raya kat obesi lagi taon ni....harap2 ni yang last. sob3~

Ni ja la merepek utk post kali nii..

 SHRMZB.

July 26, 2013

Respect


Carilah rezeki seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi,
Beribadatlah seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Ceq dan pikiaq hat ni ja nak post...Sekian utk kali niii~

July 16, 2013

Burn


Nak merepek apa tau...bulan-bulan posa ni bukan buleh sembang banyak sangat, satgi habih pahala setengah..dah laa ceq ni bukannya rajin sangat dok buat pahala, buat kepala banyak la heehehe.... teraweh tiap-tiap malam ok kot naa kawan-kawan..kalau tak larat nak pi mesjid tu buat di rumah pon tak paa....tak boleh 20 rakaat, 8 pun jadi la..takleh lapan, dua pun jadi laa.....tak leh dua, tak payah hidup laaa...melawak kasaq nmpak hehe.

satu lagi.....bulan puasa ni..amalan baik dilipat kali ganda ganjaran pahala......amalan buruk dosa dia macammana? boleh pakat pikiaq la kot....

Sambil-sambil ni ceq dok pikiaq laa gak..mcm mana laaa keadaan kawan-kawan kita kat Palestin dengan Syria laa nii....Doa ja la naaa...hat tu ja la termampu, doa bulan posa ni mudah makbul sikit kot naaaa..harap-harap depa ok la kottt

ok laaa..lama-lama satgi mengumpat plak....tak pasai-pasai burn habeh pahala....

ok bye~

July 10, 2013

Ramadhan 1434

Assalamualikum wbt.

Huh...dah lama sangat cek tak jengok blog, sibuk exam sampai dekat 3 bulan, sedar-sedar laa ni dah masuk posa. Mintak maaf kepada kawan yang cek takdan nak follow balik sebab line slow betoi haqi nii... Nanti-nanti cek follow balik.k Hari nii first posa, petang-petang niii, jalan bazar best nii...tapi beringat laa naaa..tak baik membazir...beli ala kadar yang nak makan dah laaa kan? Sabaq sat jaaa naaa.. lagi 4 jam lagi nak break fast, sekali skala sambil tunggu azan satgi try laa belek tgk quran sikit, berabuk dah tuuu, jangan dok buat hiasan plak......haaaa...sorry laaa cek hingaq sikit sbb lama tak up.., selamat berpuasa laa naaa...semoga amalan diterima.

April 27, 2013

Tired & Still Strong


Orang nak bercinta. hang pon nak. biasa laaa lumrah manusia memang nakkan cinta, maka sebab itulah tak dak taklif soal hati. janji jangan melampaui batas sudah hohoho~

#mood penat dengan ujian#tapi aku tetap tak akan mengalah dan akan menghadapi ujianmu sayangku# cewah, buleh kot tera tu jiwang naaaaaa hahahahha.

ambe ni nk exam ni, tu yg sensitif sikit ni, nak hupdate belog pon tak dan. mintak maaf la kwn2 followerku kalau tak sempat nak jengok belog hampa.

Sayonara~

April 12, 2013

Need To Smile


Sungguh kata nabi saw ''senyum itu sebahagian dari sedekah''

Dengan senyuman kita mampu mengembirakan dan menyenangkan hati orang dan hati kita jugak, senyumlah walaupun dikala hati sedang di uji dengan masalah. moga menjadi penawar masalah. tapi ingat jangan menyalahgunakan senyuman. tambah2 sekali untuk menyindir orang. kan3...

True Or False


Macam mana penilaian hampa wahai sahabat2 blogger. betoi ka macam ni? almaklumlah ambe ni tak dak lagi pengalaman bercinta hohoho~

April 5, 2013

Save Your Heart


Andai buta mata mungkin ada orang yang celik akan tolong, tapi, andai buta hati, tiada siapa yang nampak dan boleh tolong. buta hati seburuk-buruk buta kerana buta hati di dunia beerti buta hati di akhirat. Wahai tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami diatas agama syariatmu. amin X_X.
Moga hati-hati kita dipelihara.

chek jadi ustat sat ni, boleh kot naaa hohoho~

In Mirror




I’m starting with the man in the mirror!
I’m asking him to change his ways!
I’m going to make a change for once in my life.

skali skala kena la kecek london...hohoho~

ni luahan perasaan CB minggu ni...memandangkan exam dah nak dekat. so chek kena la kurangkan main benda2 ni, jumaat ja kot online tu pun kalau dan. last year ni moga dapat yang terbaik...doakan CB..t.ksh bagi semua pelawat yg sudi follow, baca dan komen post2 chek ni..
go go go... brek menyakaq..

March 31, 2013

Miss You

Rindu adalah satu anugerah tuhan buat hambanya. Rindu pada tuhan dan perusuhnya, rindu pada keluarga, rindu pada kawan-kawan, rindu pada kedamaian, keamanan, rindu pada jeng jeng jeng hohoho~.... moga setiap rindu hampa semua terbalas. :)

March 27, 2013

Duck Face


Rupa-rupanya dari kecik mereka sudah dilatih untuk buat muka macam ni, patut la belambak aku tengok member-merber aku selalu buat muka macam ni kat mukabuku. inilah yang orang-orang tua selalu dok pesan ''melentur buluh biarlah dari rebungnya''. wakaka. gurau ja, sekali sekala tengok comel jugak, boleh hilangkan strees study hohoho~

March 26, 2013

Sniper Scope


Kalau nak tembak sesuatu, maka kenalah tembak bagi tepat objek tersebut, kalau tak tepat peluru tu akan berpatah balik kepada kita. kalau nak tembak jugak, gunalah peluru teraboq, umum senang, siapa yang buat kesalahan pasti dia akan terasa peluru tersebut, ini yang paling terbaik. anda paham apa yang eden cuba nak sampaikan. tembak is nasihat. peace Y.

March 25, 2013

Best Friend

Hadiah yang paling berharga buat sahabat adalah menjadi sahabat yang baik untuk sahabatnya. memberi teguran bila melakukan kesalahan dan memberi sokongan bila dia melakukan kebaikan.

March 21, 2013

Funny


Jangan terlalu serius hatta org sekeliling kita pon segan nak bergurau dengan kita. sekali sekala kena ada gurauan. dan juga jangan  terlalu bergurau, nnt org akan pijak kepala. baru happy !!!

Doa



Senjata orang beriman.

March 20, 2013

Sad


Nak hilangkan rasa sedih, kenalah dok dengan kawan-kawan, jangan dok temenung sorang-sorang. so, memilih kawan itu amatlah penting. :)

March 19, 2013

Are You Tired?


Tuhan tempat mengadu, kerana dia tahu disetiap zahir dan batin mu yang kamu sembunyikan atau tidak.

Wake Up


Perjalananku  masih jauh beribu batu lagi, aku perlu gigih berusaha menghadapi onak duri yang bakal dilalui dan aku juga perlu terus bangun untuk menuju ke akhirnya.

March 18, 2013

Tomorrow


agaknya apa yang akan terjadi pada esok hari? semuanya telah ditetapkan, moga dimudahkan segalanya.