Pages

August 18, 2014

Harapan v2

Jangan terlalu mengharapkan kasih manusia kerana kasih manusia terbatas.

June 24, 2014

Jawapan

Tuhan akan memberi jawapan disetiap soalan hambanya yang mengharapkan jawapan yang terbaik untuk dirinya. Terima kasih wahai tuhan yang pengasih.

June 12, 2014

Kampong Boy

Bila dah ada masalah, cubalah cari penyelesaiannya, cari rakan untuk minta nasihat dan kongsikan masalah, sekurangnya meringankan beban yang ditanggung. Jangan sekali kali bertindak diluar kawalan. Heeeee.
Kg.Nenek.

May 30, 2014

Street

Cuba ku susuri jalan yang lurus supaya perjalanan hidupku terjamin disana.

May 25, 2014

Ayaq asam

Asam garam dalam dalam kehidupan, Jika kita tidak pernah melaluinya maka tidak lazatlah kehidupan kita.

May 13, 2014

Can Fly

Aku mahu terbang lebih tinggi untuk melihat segalanya yang ada di dunia ini, semoga tuhan memudahkan segala urusanku.

April 30, 2014

Hard work

semua orang yang diciptakan bukanlah semuanya senang dan kaya. kerana apa diciptakan begitu? ini kerana Allah mahu yang kaya menolong yang miskin dengan memberi gaji kerja atau sedekah dan yang miskin memberi khidmat bekerja kepada yang kaya, jika semuanya orang menjadi kaya maka kuranglah bertegur sapa, hormat menghormati dan susahlah manusia untuk melakukan kebaikan.

*apa yang ceq tulis ni? berbelit2... hiiiiii

April 5, 2014

Jangan Lupa

Setiap sesuatu yang lama pasti ada baktinya kepada kita walaupun ia dianggap kuno atau ketingalan zaman, kerana kebanyakan daripada kita selalu memperlekehkan sesuatu yang lama, bak kata pepatah jika tiada yang lama maka tiadalah yang baru.

April 2, 2014

Unknown

Kita perlulah menilai tahap sikap diri kita dengan sebaik mungkin dan melakukan apa yang yang baik agar dapat menjadi contoh atau roll model bagi orang lain. Memang tidak salah dan perlu menegur orang yang buat kesalahan didepan mata kita walaupun kita juga yang dikatakan 2 kali 5 dengan mereka, akan tetapi sedikit sebanyak  ia akan memberi impak dan pandangan negatif kepada diri kita.

*Nasihat ntuk diri ceq....

March 31, 2014

Driver

Setiap manusia inginkan menjadi lebih baik dari apa yang ada, maka mestilah memilih dengan cara yang betul, terutamanya dalam memilih sahabat di dalam pergaulan harian, pegangan hidup dan prinsip yang kuat juga perlu dimiliki kerana ia akan mengawal daripada melagggar segala batas yang ditetapkan.

Tea Ice

Jom sapa nak minum, ceq blanja.

March 30, 2014

Belajar Hadapi Masalah

Lumrah kehidupan, setiap manusia pasti ada ujian yang menimpa, kecil atau besar masalah itu kita perlu belajar hadapinya dengan lebih profesional supaya ia menjadi pelajaran dan pengalaman yang amat bermakna untuk digunakan lagi di masa hadapan.

March 27, 2014

Coconut tree

Jadilah seperti pokok kelapa kerana semua benda yang ada pada dia berguna untuk orang.

March 25, 2014

Danger

kadang-kadang jika kita selalu di dalam kawalan, kita akan lebih selamat daripada kita bebas di luar yang menyebabkan kita lebih terdedah dengan pelbagai bahaya.

*wahai merpatiku, ingatlah, kamu tidak selalunya berada didalam keadaan selamat daripada segala musuh yang sentiasa memerhatikan kamu.

March 7, 2014

Love You?

Cewi cawan....wuuuuuuuuu


March 3, 2014

Harapan

Tiada tempat pengharapan yang hakiki melainkan kepada tuhan yang maha pemberi rahmat. Jika inilah yang kita pegang dan genggam pasti hati merasa lebih tenang kerana pengharapan kepada manusia tidaklah menjamin apa-apa disebabkan hati manusia yang selalu berbolak balik.

*Niii ceq ambik gmbaq masa dk tunggu hujan turun wiwiwiwi...


February 28, 2014

Job

Kadang-kadang kita terpaksa usaha lebih dan bekerja keras untuk kebaikan diri dan keluarga yang tercinta, biarlah jika ada yang menghina pekerjaan kita selagi kita tidak melanggar syariat, ini kerana setiap manusia terutamanya lelaki, mereka pasti ada perancangan sendiri yang orang lain tidak tahu walaupun orang yang dekat dengannya.

Boleh tera tu? Wiwiwiwi


February 27, 2014

Alien

Tiga hari ceq cuba baca apa yang diorang nak sampaikan sebenarnya. Wiwiwiiwi....

February 26, 2014

Stress

Kalau berlaku tekanan kepada hampa, apa yang hampa akan buat selain ingat tuhan dan berdoa? Kalau tekanan tu berlaku kepada saya, saya akan fikirkan perkara² lain dengan keluar berborak dengan kawan-kawan dll. Kadang-kadang dengan melihat keindahan flora fauna ciptaan tuhan juga dapat mengurangkan stress.

BETUL TAK?

Kalau hampa terar cuba bagi tau ceq yang ni bunga apa? Perempuan mesti tau punya. Kalau tak tau lecey arrr.

February 24, 2014

Sun

Lihatlah matahari, pasti esok ada hari lagi untuk berusaha dan berdoa pada tuhan, bangunlah dari kekecewaan.

*Orang yang takut pada matahari, ialah orang yang buduh tuanku.
Kata puspawangi kepada tok janggut.....kikiki.

February 22, 2014

Triangle

Nak sihat, tapi tak jaga makan, macam mana tu? 2 bulan mampu naikkan berat  badan dan 2 bulan tak mampu turunkan berat badan. Orang macam ceq ni, nak turunkan berat badan lagi susah dari nak naikkan berat badan. Kikiki....

Problem

Jika ditimpa musibah, secara automatik kita akan mencari tempat untuk bergantung dan mengadu, itulah lumrah manusia, sentiasa lemah. Oleh itu, tidak perlulah merasakan diri kita lebih dari orang lain.

February 20, 2014

Dream

Kita perlu bersiap sedia dan kuatkan diri jika inginkan sesuatu, segala kemungkinan onak dan duri haruslah ditempuhi.

Memory

Setiap apa yang berlaku ke atas diri kita, biarlah ia menjadi kenangan yang terukir buat selamanya.