Pages

May 13, 2014

Can Fly

Aku mahu terbang lebih tinggi untuk melihat segalanya yang ada di dunia ini, semoga tuhan memudahkan segala urusanku.

April 30, 2014

Hard work

semua orang yang diciptakan bukanlah semuanya senang dan kaya. kerana apa diciptakan begitu? ini kerana Allah mahu yang kaya menolong yang miskin dengan memberi gaji kerja atau sedekah dan yang miskin memberi khidmat bekerja kepada yang kaya, jika semuanya orang menjadi kaya maka kuranglah bertegur sapa, hormat menghormati dan susahlah manusia untuk melakukan kebaikan.

*apa yang ceq tulis ni? berbelit2... hiiiiii

April 5, 2014

Jangan Lupa

Setiap sesuatu yang lama pasti ada baktinya kepada kita walaupun ia dianggap kuno atau ketingalan zaman, kerana kebanyakan daripada kita selalu memperlekehkan sesuatu yang lama, bak kata pepatah jika tiada yang lama maka tiadalah yang baru.

April 2, 2014

Unknown

Kita perlulah menilai tahap sikap diri kita dengan sebaik mungkin dan melakukan apa yang yang baik agar dapat menjadi contoh atau roll model bagi orang lain. Memang tidak salah dan perlu menegur orang yang buat kesalahan didepan mata kita walaupun kita juga yang dikatakan 2 kali 5 dengan mereka, akan tetapi sedikit sebanyak  ia akan memberi impak dan pandangan negatif kepada diri kita.

*Nasihat ntuk diri ceq....

March 31, 2014

Driver

Setiap manusia inginkan menjadi lebih baik dari apa yang ada, maka mestilah memilih dengan cara yang betul, terutamanya dalam memilih sahabat di dalam pergaulan harian, pegangan hidup dan prinsip yang kuat juga perlu dimiliki kerana ia akan mengawal daripada melagggar segala batas yang ditetapkan.

Tea Ice

Jom sapa nak minum, ceq blanja.

March 30, 2014

Belajar Hadapi Masalah

Lumrah kehidupan, setiap manusia pasti ada ujian yang menimpa, kecil atau besar masalah itu kita perlu belajar hadapinya dengan lebih profesional supaya ia menjadi pelajaran dan pengalaman yang amat bermakna untuk digunakan lagi di masa hadapan.

March 27, 2014

Coconut tree

Jadilah seperti pokok kelapa kerana semua benda yang ada pada dia berguna untuk orang.

March 25, 2014

Danger

kadang-kadang jika kita selalu di dalam kawalan, kita akan lebih selamat daripada kita bebas di luar yang menyebabkan kita lebih terdedah dengan pelbagai bahaya.

*wahai merpatiku, ingatlah, kamu tidak selalunya berada didalam keadaan selamat daripada segala musuh yang sentiasa memerhatikan kamu.